Latar Belakang Syarikat



High Tech Aquaculture telah ditubuhkan pada tahun 1990 oleh En Zaibani. Beliau mula menternak ikan air tawar ini secara kecil-kecilan iaitu di kawasan kediamannya. Terdapat beberapa kolam tanah yang telah diusahakan sendiri oleh beliau untuk menempatkan benih-benih ikan tersebut. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan seperti :-

  • ·     Pembekal benih ikan air tawar

  • ·     Pembekal makanan ikan air tawar

  • ·     Ubat-ubatan

  • ·     Peralatan penjagaan ikan

  • ·     Kursus perikanan dan amali

  • ·     Khidmat nasihat penjagaan ikan

En Zaibani juga mempunyai kepakaran dalam pembenihan dan pembiak baka ikan air tawar. Beliau juga pernah menyertai krusus pembenihan ikan air tawar di Thailand dan juga krusus di Jabatan Perikanan serta di Jabatan Pertanian Malaysia. Beliau juga telah dianugerahkan Usahawan Peladang Jaya pada tahun 1991-1993 oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan Anugerah Usahawan Terampil.

Setelah beberapa tahun kemudian, High Tech Aquaculture telah didaftarkan secara rasminya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) no syarikat MA0138714-U pada tahun 2009 oleh perintisnya. Kini, Mohammad Aminuddin Bin Zaibani mengambil alih perniagaan ayahnya En Zaibani yang kini diberi tugas sepenuhnya untuk memajukan syrikat tersebut. Pengurus syarikat tersebut juga mempunyai kemahiran pembenihan ikan air tawar dan memegang sijil kemahiran perikanan tahap 2 di sebuah Institut kemahiran iaitu Institut Skill Tech dalam bidang Akuakultur.

Pencapaian beliau sebagai seorang pengurus telah menyertai beberapa pameran yang diadakan oleh jabatan-jabatan yang berlesen seperti Karnival Kerjaya di PWTC 2011 dan Program Transformasi Luar Bandar (RTC) 2012. Beliau juga telah dianugerahi Anugerah Usahawan Belia Muda di Putrajaya, sempena Hari Belia Negara.



Di samping itu juga beliau telah menjalankan beberapa inovasi dalam penternakan ikan dengan usahasama beberapa syarikat lain. Di antara projek inovasi yang giat dijalankan adalah penternakan ikan air tawar di dalam laut ikan masin seperti ikan tilapia merah dan siakap disesuaikan dengan air masin.  Pengalaman beliau menghantar ikan di luar kawasan seperti Terengganu, Johor, Pahang dan kawasan di sekitarnya.

Hubungi Kami



Waktu Berkerja


Ahad hingga Jumaat

8 Pagi - 6 Petang


High Tech Aquaculture menjual pelbagai jenis benih - benih ikan termasuklah benih ikan keli, sepat dan puyu. Sila hubungi talian berikut untuk tempahan :


HP : 013-3399225

HP : 014-2393753


Harga produk - produk kami adalah harga tetap seperti yg dipaparkan di laman sesawang kami.